Yeah, bukan mudah nak memuaskan semua kehendak. Kadang terlepas pandang kehendak diri sendiri. Yang sebenarnya lebih penting untuk dipentingkan. Satu.
Saat bernafas dalam sengsara dan tangis, bukan semua kan mengerti apa yang kita rasakan. Jadi, kita sendiri lah yang kena kuat dan memujuk diri. Percaya, hidup adalah pilihan kita. Dan, atas keyakinan yang masih tersimpan..kita masih berpegang bahawa segalanya telah Allah takdirkan. Dua.
Dimarah, diherdik..adalah perkara yang menjengkelkan bagi mereka yang suka kedamaian. Dan, bila berhadapan dengannya, ia bukan sesuatu yang membahagiakan. Tiga dan seterusnya..
Berperanglah kemudian dengan segala macam kekuatan dan kekurangan yang ada di sekitar diri. Akhirnya..menangis lagi. Dan yang dah kering, menekup muka..atau mungkin membaling sesuatu ke cermin. Retak.
Sengsara yang sering mengesankan jiwa. Bila telah dibentuk di hati, sengsara itu menjadi satu hidangan yang selalu merembeskan hujan kesenduan. Individu menjadi murung, kurang keyakinan. Hidup jadi pessimis. Lagi teruk..ia menjadikan rasa itu melankolik. Ya, sebuah hidup yang berkiblatkan kesedihan.
Dulu, sesuatu yang pedih dan luka, boleh diterima dan dimakan begitu aja. Kita tak pernah nak menyalahkan apa. Masih kecil.
Kemudian, kita terdedah pada dunia, kita belajar menyoal kenapa kita selalu dihidang duka?? Sehari-hari, akal matang telah membawa kita berfikir dan kita mula eksplorasi dunia. Kita dah tahu apa jawabnya. Beza cuma, apa tindakan kita kemudiannya.
Ya, ada beza orang yang berfikir panjang dan apa tindakan orang yang berfikir pendek??
Ada yang mengambil jalan singkat. Bunuh diri? Tak tahan sengsara?
Ada yang menyalahkan keluarga..."Mereka yang menjadikan aku begini"
Ada yang terus dihimpit kesedihan hati. Murung. Menyalahkan sana-sini..ah! Macam-macam lagi.
Itu yang fikirnya pendek.
Yang fikir panjang tentu lebih betah merenungkan segala. Lebih lanjut terlihat hikmah. Ya, "Itu tanda Tuhan kasihkan aku" Lanjutnya??
Dugaan, sengsara dan segala ada di mana saja. Sebahagian hidup. Siapa dapat menyangkalkan? Takda siapa. Kena juga dihadapi, walau sesukar mana.
Sapulah air mata. Berdiri di depan masalahmu, dugaanmu, sengsara pilu..bagi tau depa:-
"Wahai segala yang menjahanamkan kedamaian, aku punya hati yang masih kukuh untuk terus didiami kalian semua. Aku punya Allah yang masih kasihkan aku. Sehebat mana pun, aku masih punya DIA yang menenangkan aku, yang sudi mendengar deritaku, yang masih menggembirkan aku. Jangan harap kalian dapat membinasakan hati ini, walau aku tak sekuat mana. Ya, aku masih punya teman baik yang sering di sisi. DIA Tuhanku yang Maha Pengasih dan Penyayang"

Berjalan, Melihat dan Mentafsir. Senyumlah..
No comments:
Post a Comment